Saturday, 25 June 2011

Keistimewaan Buluh Madu & Rebung Madu



Buluh Madu atau nama saintifiknya adalah Gigantochloa albociliata. Spesis buluh ini dikatakan berasal dari Thailand atau Taiwan. Sifat buluh ini tidak mempunyai miang atau bulu bulu yang boleh menyebabkan kegatalan.Tanaman Buluh Madu akan mula menghasilkan rebung nya setelah di tanam lebih kurang 8 bulan. Hasilan utama dari tanaman Buluh Madu ini adalah untuk mendapatkan Rebung Madu. Orang kampung Di Malaysia kalau rebung jenis ini biasanya di panggil rebung manis, mungkin kerana tiada nama spesifik maka di namakan saja  " Rebung Madu "  walaupun rasa nya tidak semanis madu. Rebung Madu boleh dimakan begitu saja sebagai ulam bersama sambal belacan atau sambal air asam jawa, lebih sedap kalau campur dalam masakan kari, gulai lemak cili padi atau di goreng.
Aktiviti penanaman Buluh Madu telah di banyak di lakukan di bahagian utara Semenanjung Malaysia khusus nya di Negeri Perlis, Kedah,Perak, Kelantan & Terengganu.
Kini aktiviti tanaman Buluh Madu ini telah menjalar ke bahagian tengah dan juga selatan tanah air.

Keistimewaan tanaman Buluh Madu :-

i)     tumbuhan tahan lasak, sesuai di tanaman diatas semua jenis tanah.
ii)    hampir bebas dari serangan penyakit tumbuhan.
iii)   hampir bebas ancaman musuh tanaman.
iv)   cepat mengeluarkan hasil ( kira kira 8 bulan)
v)    kurang menyelenggara tanaman & jimat pengunaan tenaga kerja
vi)   prospek masa hadapan cerah & permintaan tinggi ( bahan makanan)
vii)  berpotensi menjana pendapatan lumayan
viii) makanan kegemaran masyarakat Melayu sejak dulukala 
       dan antara hidangan istimewa orang cina di Tahun Baru.
ix)   Tumbuhan yang cantik untuk hiasan halaman rumah & landskap
       ( nilai estetika, ketinggian rumpunan pokok sekitar 25 kaki)
 ix)  Tanam sekali, tuai hasil sepanjang hayat.





Lagu : Malaysia Tanah Airku
Malaysia oh tanah air ku
Tanah tempat tumpah darah ku
Negeri elok amat ku cinta
Yang ku puja sepanjang masa

Sawah mu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukit mu lurusnya terbentang
Tak jemu mata ku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeri ku Malaysia
Pusaka tinggalan moyang ku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah air ku

No comments:

Post a Comment