Friday 24 June 2011

Tanaman Buluh Madu di kebun Telok Bakong Batu Pahat






















Kerja menanam Buluh Madu di kebun Telok Bakong, Simpang Lima, Batu Pahat  baru saja dimulakan kira kira sebulan lepas.Ini adalah projek percubaan Tanaman Buluh Madu di kawasan ini, Kedudukkan tanah ini adalah rata dan berdekatan dengan laut, manakala keadaan tanahnya  lembap,gembur, gambut dan liat. Apa yang dapat di lihat tanah ini amat sesuai dengan tanaman getah yang berada di sebelah kebun buluh madu ini.Batch pertama adalah yang di tanam sebanyak 100 pokok. Di Batu Pahat masih sukar mendapatkan anak benih buluh madu dalam kuantiti yang banyak. Anak buluh madu dalam polybag berharga RM12-00 terpaksa di datangkan dari Perlis. Mungkin belum ada petani di daerah ini yang mengusahakan tanaman ini dalam sekala besar. Cadangan bilangan pokok di kebun ini adalah sebanyak  80-100 rumpun dengan jarak di antara rumpun adalah 15 X 15 kaki. Tanaman yang menghasilkan sayuran rebung madu ini di usahakan kerana ia mempunyai potensi dan prospek yg baik dari segi permintaan dan harga pasaran. Dari segi penjagaan, tanaman ini mempunyai dayatahan hidup yang tinggi, disamping bebas dari penyakit tumbuhan serta ancaman musuh tanaman.Pembajaan hanya perlu dilakukan 2 kali setahun dengan menggunakan baja tahi ayam.

1 comment:

  1. Hard Rock Casino is Closing in Michigan - Dr.MCD
    Michigan casinos have been closed for two months due to the coronavirus pandemic, but 광주광역 출장마사지 they continue to 경기도 출장샵 reopen 광주 출장안마 at the same time. 김해 출장샵 MGM Springfield 김천 출장마사지

    ReplyDelete