Friday 24 June 2011

Cara cara memproses rebung segar



























Pengenalan tentang tanaman Buluh di Malaysia.
Pokok buluh, mungkin kelihatan sebagai tumbuhan liar yang hidup di hutan belantara ,
ditebing sungai ataupun di kampung-kampung. Sebenarnya ia mempunyai potensi besar untuk dimajukan bagi industri sayuran rebung, tanaman hiasan halaman rumah dan landskap. manakala buluh boleh digunakan untuk industri pengeluaran barangan antaranya seperti kemasan lantai parkir, papan lapis, lidi, bakul sayur dan kraftangan.

Rebung buluh adalah sayuran yang boleh dimakan secara mentah segar ataupun di masak. Ia kaya dengan nutrien untuk keperluan badan dan komposisis kandungan nutrien bergantung kepada spesis. Antara bahan nutrien yang terdapat pada rebung buluh adalah B-Karotina, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin C, Kelembapan, Protin, Lemak, Serabut, Kabohidrat dan Tenaga.

Pokok Buluh mempunyai banyak spesis seperti Buluh Betung,Buluh Beting, Buluh Minyak, Buluh Madu dan sebagainya.

Rebung boleh di proses menjadi :-
 i) jeruk rebung (masin)
ii) jeruk rebung (masam)
iii) rebung segar.
iv) halwa rebung. 
v)  jeruk rebung ( masam kering atau resam)


Cara-cara memproses rebung
 
1. Cara Pertama
- Kupas kulit arinya dan buang bahagian pangkal yang keras
- Hiris ataupun cincang
- Rendam dalam air garam selama 12 jam untuk mengelakkan:
o Warna putih tidak berubah
o Menghilangkan pahit
o Tidak masam
o Tahan lama

2. Cara Kedua
- Di potong rebung mengikut saiz
- Direbus sehingga mendidih
- Dimasukkan di dalam plastik dan disimpan didalam peti sejuk dan apabila perlu baru dihiris.   

1 comment:

  1. blog masih dalam pembinaan.
    Banyak maklumat memproses rebung akan dipaparkan
    untuk pengetahuan.

    ReplyDelete